MASTERCLASS PANDUAN MEMAHAMI HADITH TANDA KIAMAT
Elak terpedaya dengan hadis palsu dan salah faham kaitannya dengan kejadian semasa.
Setiap kali berlaku sesuatu, ada yang kata: “Ini tanda kiamat.”
Video dikongsi. Petikan hadis disertakan. Penerangannya pula nampak meyakinkan.
Tetapi anda masih tertanya-tanya:
“Betul ke hadis ini? Adakah ia benar-benar merujuk kepada kejadian tersebut?”
Anda mahu mengambil peringatan, tetapi tidak mahu mudah terpedaya. Anda mahu memahami, tetapi pelbagai dakwaan membuatkan anda semakin keliru.
Masterclass ini membantu anda membina kefahaman yang lebih tersusun tentang hadis tanda kiamat dan dakwaan yang beredar mengenainya.
Pembelajaran memberi perhatian kepada sumber petikan, maksud hadis dan cara menyikapi dakwaan yang mengaitkannya dengan situasi semasa.
Supaya apabila menemui perkongsian baharu, anda mempunyai asas untuk menelitinya sebelum menerima atau menyebarkannya.
Apa nilai pembelajaran ini untuk anda?
✅ Lebih jelas tentang perkara yang perlu diteliti apabila sesuatu petikan dikaitkan dengan tanda kiamat.
✅ Memahami perbezaan antara hadis yang dirujuk dengan tafsiran atau dakwaan orang yang berkongsi.
✅ Membina pendirian yang lebih tenang dan berhati-hati apabila berdepan cerita yang mengelirukan.
Masterclass ini sesuai untuk anda jika…
Anda sering menerima video atau mesej tentang tanda kiamat dalam grup WhatsApp dan media sosial.
Anda mahu tahu bagaimana menyikapi perkongsian tersebut tanpa terus percaya atau menolak.
Anda mencari panduan yang tersusun untuk memahami isu ini dengan lebih mendalam.
Belajar mengikut keselesaan anda
Tonton rakaman melalui website menggunakan link dan password yang diberikan selepas bayaran disahkan. Ulang bahagian yang ingin anda fahami dengan lebih jelas.
Fahami sebelum membuat kesimpulan. Teliti sebelum berkongsi.
Hubungi admin melalui WhatsApp untuk menyertai masterclass.