Langkau ke kandungan
Beyt Atiq Studies

Tentang Kami

Tentang Beyt Atiq

Beyt Atiq Studies ialah jenama pembelajaran agama di bawah kendalian Dzulfaidhi Hakimie bin Dzulraidi sejak 2024. Kami menyediakan produk dan program dalam bidang hadith, fiqh, sirah dan bidang berkaitan, khusus untuk orang awam.

Melalui program menyeluruh dan modul berperingkat, kami menawarkan pembelajaran yang mudah diikuti serta berteraskan ilmu, tanpa terikat kepada agenda politik, aliran akidah tertentu atau ketokohan individu.

Dzulfaidhi Hakimie bin Dzulraidi

Dzulfaidhi Hakimie bin Dzulraidi

Pengasas Hadith Studies dan Fiqh Studies serta calon PhD di Universiti Malaysia Sabah, dengan tumpuan penyelidikan dalam bidang hadith dan ekoterapi.

Beliau mendapat pendidikan di Darul Quran JAKIM dan Universiti Sains Islam Malaysia dalam bidang al-Quran dan Sunnah, serta mengikuti program Kaderisasi Calon Ulama Hadith dan Daurah Hadith di Maahad Khadimus Sunnah, Bandung.

Beliau telah menghasilkan lebih 90 penulisan dalam bidang hadith.